PEMAIN warisan, Gabriel Felipe Arrocha sah meninggalkan Unionistas de Salamanca dan Tenerife selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan penggantungan selama setahun terhadapnya akibat pemalsuan dokumen.
Kelab Tenerife dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, tempoh pinjaman pemain yang lebih dikenali sebagai Gabriel Palmero bersama Unionistas ditamatkan.
Pada masa sama, kontraknya bersama Tenerife juga dibatalkan selepas keputusan rasmi dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu.






