MENTERI Pemuda dan Olahraga (Menpora, Erick Thohir menafikan tuduhan yang mengatakan Indonesia terlibat dalam hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Bola Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Erick yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, pertemuan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di New York hanya menumpukan kepada masa depan bola sepak Indonesia termasuk rancangan menubuhkan Akademi FIFA.
“Presiden bercakap tentang bola sepak Indonesia, bukan mengenai negara lain,” tegas Erick.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






