POLIS mengesyaki bekas pemain ragbi antarabangsa England, Tom Voyce, meninggal dunia selepas dia dilaporkan hilang di kawasan Northumberland yang dilanda banjir akibat Taufan Darragh.
Polis Northumbria memulakan pencarian pada tengah hari Ahad apabila bekas atlet berusia 43 tahun itu tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya pada waktu malam.
Voyce dipercayai cuba melintasi Abberwick Ford, berhampiran Alnwick, dengan keretanya sebelum dihanyutkan arus sungai.