PELARI pecut kebangsaan, Mohd Azeem Fahmi memenangi acara larian 100 meter di Kejohanan Olahraga Universiti Appalachian State yang berlangsung di Boone, Carolina Utara, Amerika Syarikat pada Ahad.
Azeem Fahmi yang berusia 21 tahun itu menamatkan perlumbaan akhir di tempat pertama dengan catatan masa 10.09 saat.
Namun begitu, masa tersebut tidak diiktiraf sebagai menyamai rekod kebangsaannya selepas kelajuan angin yang dikesan melebihi had yang dibenarkan. Masa itu kemudiannya diselaraskan semula kepada 10.12 saat.






