MUSIM 2024/2025 menyaksikan banyak pasukan Liga Malaysia (Liga M) hanya menabur janji manis bahawa isu kewangan dan tunggakan gaji tidak akan berulang dan pasukan akan beraksi dengan lancar pada tahun ini.
Bagaimanapun, semua janji berkenaan kekal omong kosong apabila isu kewangan sudah mula singgah di beberapa kem Liga Super seawal pramusim bermula dan lebih parah apabila ia masih tidak menemui jalan keluar.
Tidak berpijak di bumi yang nyata ketika membeli pemain khususnya tonggak import dan ada juga isu penaja membuat keputusan tarik diri pada awal musim disebut menjadi antara punca isu kewangan berlaku dalam kalangan pasukan Liga Super.








