PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kesemua ahli jawatankuasa eksekutifnya (Exco) meletak jawatan berkuat kuasa serta merta pada Rabu.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan itu dibuat secara kolektif, sebulat suara dan berprinsip.
Menurut beliau, FAM mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi integriti dan reputasi persatuan sambil mengurangkan risiko yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia.





