Sukan

‘Semua bergantung kepada hujah’, pakar tak tolak peluang Selangor kalahkan MFL di CAS

SELANGOR FC mengambil pendekatan berani apabila mahu mengheret Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkenaan hukuman diterima mereka kerana tidak menghadirkan diri ke Piala Sumbangsih.

MFL bertindak menghukum Selangor dengan denda sebanyak RM100,000, pemotongan tiga mata liga, perlu membayar pampasan kepada penganjur liga itu termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan lawan mereka pada perlawanan tersebut serta diarahkan beraksi tanpa penonton pada aksi berdepan Harimau Selatan di laman Gergasi Merah.

Akan tetapi, hukuman tersebut diringankan kepada denda RM60,000 serta Selangor perlu membayar pampasan sahaja selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka atas tindakan MFL itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.