DESAS-DESUS mengenai masa depan pemain pertahanan Kedah Darul Aman(KDA) FC, Ariff Farhan Md Isa semakin hangat diperkatakan apabila terdapat laporan yang mengatakan dia bakal menyertai Penang FC untuk musim akan datang.
Khabar angin berkenaan mula hadir selepas pemerhati bola sepak tanah, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa pemain berusia 28 tahun berkenaan difahamkan menerima tawaran daripada Penang FC.
“Biar jasa jadi kenangan, Ariff Farhan Md Isa difahamkan tinggalkan Kedah dan sertai Penang musim depan,” katanya memetik ciapan yang dimuat naik pada laman X pada Selasa.






