UNDIAN bagi pusingan 16 pasukan untuk Piala FA dijalankan pada Isnin dengan kesemua kelab bertanding sudah mengetahui siapakah lawan mereka.
Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) memperoleh laluan mudah apabila berdepan wakil Liga A1, UM-Damansara United manakala Selangor FC bertemu Malaysian University.
Berdasarkan hasil undian, bekas pemain kebangsaan iaitu Akmal Rizal Ahmad Rakhli berpendapat tiada sebarang kejutan bakal berlaku.





