BINTANG Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi menjadi perhatian peminat bola sepak dunia apabila kali ini memberi petunjuk mengenai pemain yang bakal beraksi menentang Tottenham Spurs pada Khamis.
Hantaran terbarunya di media sosial memperlihatkan Salah bersama rakan sepasukan, Kostas Tsimikas dan Ibrahima Konate, dalam perjalanan ke London bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao menentang Tottenham Hotspur.
Jika diteliti, hantaran tersebut turut memberi gambaran bahawa Konate akan terlibat dalam perlawanan ini, walaupun baru sahaja kembali daripada kecederaan selepas hampir tujuh minggu tidak bermain.






