Sukan

Selesema sebelum terjun, tangisan iringi Pandelela raih pingat individu Sukan Asia selepas 13 tahun

SELEPAS 13 tahun, penerjun elit negara, Datuk Pandelela Rinong kembali meraih pingat acara individu di temasya Sukan Asia apabila merangkul gangsa pada final 10 meter (m) platform wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China pada Selasa.

Pada saingan final itu, Pandelela yang membuat penampilan keempatnya di Sukan Asia menerima tentangan sengit penerjun Jepun Matsuri Arai untuk posisi ketiga, selepas dua wakil China Quan Hongchan dan Chen Yuxi jauh meninggalkan mereka di kedudukan dua teratas.

Ketenangan ditunjukkan Pandelela pada dua terjunan terakhir membantunya mengesahkan gangsa selepas mengumpul keseluruhan 280.50 mata di belakang Quan yang merangkul emas (438.20 mata) dan Chen membawa pulang perak (435.65 mata).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.