TINDAKAN Selangor FC yang enggan beraksi dalam saingan Piala Sumbangsih 2024 berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong kelab itu sendiri.
Ini kerana mereka berasakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) boleh mengenakan hukuman terhadap kelab Lembah Klang tersebut berbentuk pemotongan mata atau denda berjumlah ratusan ribu ringgit.
Malah, ada peminat beranggapan badan pengelola liga itu akan membatalkan penyertaan skuad Gergasi Merah dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) II yang bakal dilangsungkan selewat-lewatnya September ini.