KERAJAAN negeri Selangor menegaskan mereka bersiap sedia untuk berdepan bencana kemarau tahun depan atau pada 2026 dengan sumber air bersih mencukupi dan sedia diedarkan jika perlu.
Pengerusi jawatankuasa infrastruktur dan pertanian negeri, Izham Hashim berkata, jumlah kapasiti air di tujuh empangan utama negeri dan 100 kolam dikenal pasti sebagai sumber alternatif yang boleh bertahan antara lapan ke sembilan bulan.
“Pengurusan air Selangor menerusi Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bukan sahaja untuk kegunaan harian atau pengurusan pencemaran, tetapi juga bersedia sekiranya berlaku penurunan hujan terhad untuk tempoh panjang.