SELEPAS lima bulan mengendalikan kelab Kanada iaitu York United FC, Benjamin Mora secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab berkenaan pada Ahad.
Perpisahan itu difahamkan berlaku apabila bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut tidak dapat mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak baharu bersama York United.
Jurulatih berusia 45 tahun berkenaan berhasil membawa York ke tempat keempat dalam kedudukan liga musim ini dengan meraih 39 mata, ia mengatasi 38 mata terbaik sebelumnya yang ditetapkan pada 2023.