KREDIBILITI pengendali baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi diragui sesetengah penyokong selepas latar belakangnya yang tidak pernah menjadi ketua jurulatih menjadi kerisauan ‘pemain ke-12’ Gergasi Merah.
Menerusi kenyataan Selangor FC, Kinoshi memiliki kepakaran dalam membangunkan pasukan, strategi serta pembangunan pemain muda yang akan menjadi aset besar kepada kelab itu dalam usaha mencapai kejayaan.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Tokyo, Jepun itu hanya mempunyai pengalaman sebagai pembantu jurulatih kepada beberapa kelab dan termasuk skuad kebangsaan Serbia selama empat tahun.






