Sukan

Selangor ikut cara JDT, halang 2 bintang pinjaman beraksi di MBPJ

SELEPAS mempamerkan aksi cemerlang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak dapat menggunakan khidmat pemain import Myanmar, Hein Htet Aung menjelang aksi Liga Super menentang Selangor pada Ahad.

Berita berkenaan jelas mengecewakan penyokong skuad Jang Hobin Jang yang berharap Htet Aung akan menjadi duri dalam daging dalam aksi menentang Gergasi Merah lagi-lagi selepas pemain sayap itu menjadi penjaring pertama merobek gawang dijaga Syihan Hazmi.

Meskipun tewas 1-3 di tangan Harimau Selatan namun Htet Aung menjadi penjaring tunggal buat Negeri Sembilan dalam aksi pertama Liga Super mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%