PENJAGA gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sah tinggalkan Sang Kenari.
Berita sedih itu dikongsikan di laman Facebook KDA FC pada Ahad.
“Selepas beberapa perbincangan mendalam antara Kalamullah Al-Hafiz, barisan kejurulatihan dan pengurusan kelab, kesemua pihak memutuskan untuk membawa haluan berbeza dan menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.






