TEWAS di tangan Thailand tapi menang di hati China. Demikan situasi yang tengah berlaku dalam kem Singapura apabila kekalahan 1-3 mereka di tangan skuad Gajah Perang pada aksi akhir peringkat kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand, skuad Gajah Perang tidak berjaya tidak melepasi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia walaupun mereka mempunyai mata yang sama dengan China.
Thailand pada mulanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol tanpa balasan untuk mendapat tiket ke pusingan kedua susulan China yang mengutip lapan mata sebagai pesaing terdekat ditewaskan Korea Selatan 0-1 di Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul, Korea Selatan pada hari sama.