BARU-BARU ini, kem Harimau Malaya dikhabarkan akan akan menerima dua bintang naturalisasi iaitu Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.
Nama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson dan pemain import Harimau Selatan yang kini beraksi bersama Sri Pahang FC, Hidalgo itu difahamkan menyertai skuad kebangsaan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan mengenainya.
Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT itu berkata demikian selepas memberikan respons terhadap undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.