BARU-BARU ini, kem Selangor FC digemparkan dengan berita kurang menyenangkan apabila jawatan pengarah teknikal kelab itu bakal dikosongkan.
Ia berikutan selepas nama pengarah teknikal Gergasi Merah ketika ini, Dennis Bekking dilaporkan akan angkat kaki dalam masa terdekat.
Difahamkan, keputusan diambil oleh Bekking itu bukanlah kerana dia mendapat tawaran daripada kelab lain.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
BACA LAGI: Berita gembira dari Croatia, Ivan Mamut disaran bentuk gandingan dengan import skuad simpanan
BACA LAGI: Kembali berlatih, tapi kasut dipakai cetus persoalan status kecergasan Syafiq Ahmad
Sebaliknya, dia perlu pulang semula negara kelahirannya, Belanda bagi menguruskan hal peribadi dihadapinya.
Meskipun begitu, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Selangor mengenai permergian Bekking.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga individu yang berpotensi untuk mengisi kekosongan tersebut sejak diisi oleh Bekking pada 2022.
Pengalaman sebagai pengarah teknikal di Imigresen FC antara kelebihan Zainal untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
1. Datuk Zainal Abidin Hassan
Datuk Zainal Abidin Hassan nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak tanah air dilihat berpotensi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Bekas pemain skuad kebangsaan yang kini menggalas tugas sebagai pengarah teknikal Imigresen FC pastinya mempunyai pengalaman dalam menguruskan sesebuah pasukan.
Nama Zainal disebut-sebut untuk menggantikan Bekking kerana beliau merupakan calon tempatan yang sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.
Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengendalikan Selangor FC yang pastinya menjadi kelebihan buat dirinya mengisi jawatan pengarah teknikal tersebut.
Legenda Gergasi Merah, Bambang dilihat berpotensi membawa dimensi baharu buat Selangor.
2. Bambang Pamungkas
Sebut sahaja nama Bambang Pamungkas, pasti penyokong tanah air khususnya pasukan Selangor FC cukup mengenali pemain kelahiran Indonesia yang pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M) suatu ketika dahulu itu.
Legenda Gergasi Merah, Bambang Pamungkas merupakan calon yang boleh mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Sekiranya Selangor mahu mengambil pendekatan seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC yang membawa semula bekas pemain, maka Bambang adalah calon tepat.
Bukan itu sahaja, kehadiran Bambang pastinya disenangi penyokong dan dianggap generasi baharu dalam pengurusan bola sepak serta dijangka boleh membawa dimensi baharu buat Selangor.
Malah, kehadiran Bambang ke Selangor juga dilihat mampu menjalinkan hubungan baik dengan kelab di Indonesia.
De Roo pernah bergelar sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 2017 hingga 2020.
3. Peter de Roo
Sebut sahaja Peter de Roo sudah pasti ramai penyokong tidak begitu mengenali nama tersebut.
Namun, tahukah anda bahawa De Roo pernah menabur bakti bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pengarah teknikal pada 2017 hingga 2020.
Pengendali kelab Singapura, Balestier Khalsa itu dilihat turut berpotensi sebagai calon untuk mengisi kekosongan pengarah teknikal di Selangor.
Ia kerana, De Roo mempunyai pengalaman yang luas untuk jawatan tersebut serta memahami landskap bola sepak tanah air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram