PENANTIAN penyokong Terengganu FC menunggu kepulangan penyerang import Croatia, Ivan Mamut akhirnya menemui titik noktah.
Ini apabila pihak pengurusan Terengganu secara rasmi mengumumkan kepulangan Mamut selepas berehat panjang sejak awal musim ini.
Pemain berusia 28 tahun itu menjadi peledak prolifik Terengganu pada musim lalu selepas menjaringkan 23 gol dalam 35 penampilan di bawah bimbingan bekas pengendali, Tomislav Steinbruckner.





