PENGERUSI Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek dipercayai akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan dalam satu majlis pada 7 November lalu yang didakwa berunsur fitnah.
Perkara tersebut dikongsikan oleh usahawan kelahiran Tawau, Sabah itu di laman Facebook pada Ahad yang memutuskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah itu.
“DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah RM1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). See you in court,” tulisnya.






