SELEPAS Manchester United, giliran kelab gergasi Jerman pula iaitu Borussia Dortmund pula mendoakan kesembuhan pemain kebangsaan, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lepas.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pada Selasa, Dortmund menyeru agar keganasan dalam bola sepak dihentikan dengan pasukan berkenaan juga mengharapkan agar pemain Selangor FC itu cepat sembuh.
“Faisal Halim adalah pemain sayap yang bermain untuk Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia. Dia menjaringkan gol kejohanan dalam Piala Asia AFC baru-baru ini menentang Korea Selatan.