Sukan

Sebelum Hidalgo, Ubaidullah dan Luciano mangsa layangan kad merah tak munasabah Liga M musim ini

KEPUTUSAN seri 1-1 antara Sabah FC menentang Sri Pahang FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu lalu tidak menggembirakan penyokong skuad Tok Gajah.

Selain hanya membawa bekalan satu gol ke laman sendiri pada aksi kedua nanti, penyokong juga menyuarakan pandangan terhadap layangan kad merah penyerang sayap Tok Gajah, Manuel Hidalgo pada minit ke-70 selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dibuang padang kerana pegawai VAR, Razlan Joffri Ali mengesan tindakannya memijak kaki bek tengah Sang Badak, Dominic Tan semasa cuba mendapatkan bola.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh