BEKAS pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syazwan Andik Mohd Ishak dilaporkan memilih untuk meninggalkan Sri Pahang menjelang musim baharu.
Pemain berusia 28 tahun itu dilihat telah menamatkan perjalanan bersama Tok Gajah, meskipun kelab tersebut difahamkan masih membuat permohonan untuk Lesen Kebangsaan bagi musim hadapan,lapor Stadium Astro.
Syazwan Andik sebelum ini pernah mencuri tumpuan dalam arena bola sepak tempatan selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika mewakili skuad kebangsaan, Harimau Malaya.





