PENGULAS sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Fuad Rahim dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.
Berita itu disahkan oleh seorang lagi personaliti RTM, Zachki Ahmad Suri di media sosialnya mengatakan Fuad sudah tiada.
Fuad meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor selepas ditidurkan akibat mengalami masalah komplikasi jantung dan paru-paru berair.





