PERTIKAIAN hangat berlaku di Negeri Sembilan FC apabila bekas ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Razak mendedahkan bagaimana kontraknya tidak disambung oleh kelab tersebut.
Zaquan yang teramat kecewa dengan situasi tersebut mengatakan menjawab kenyataan oleh ketua pegawai eksekutif kelab, Faliq Firdaus dengan mengatakan individu tersebut “melarikan diri” daripadanya.
Bekas pemain Harimau Malaya itu mengatakan yang Faliq sentiasa mengelak daripada berjumpa dengannya sambil tidak peduli untuk membalas kiriman mesej menerusi WhatsApp serta menjawab panggilan telefon.





