SELEPAS Johor Darul Ta’zim (JDT) dikaitkan dengan beberapa kemasukan pemain baharu, kini Selangor FC pula dikhabarkan akan membawa bekas kapten pasukan, Brendan Gan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) nanti.
Menerusi perkongsian laman Instagram, @Selangorfans_official, Gergasi Merah akan diperkuatkan dengan empat pemain tempatan baharu menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super bulan depan.
Selain Brendan, nama bekas pemain kelab Cagliari Calcio, Kobe Jae Chong turut dikhabarkan akan menyertai skuad Nidzam Jamil selepas didakwa sudah mendapat pasport Malaysia.





