KELAB Liga Super, Perak FC mempunyai set penjaga gol yang cukup berkualiti pada musim ini.
Bagi saingan 2024/2025, Perak mempunyai Ramadhan Hamid, Firdaus Irman Fadhil serta Haziq Nadzli yang dipinjam dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagi Yusri Che Lah, dia jelas dilimpahi dengan kualiti di posisi tersebut dan tidak gusar untuk menurunkan sesiapa pun pada hari perlawanan.