KEPUTUSAN Akhyar Rashid meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai Terengganu FC secara pinjaman membuahkan hasil seperti mana diharapkan pemain kebangsaan itu.
Selepas terlalu kerap disisihkan daripada skuad Harimau Selatan, penyerang sayap itu seperti bernafas semula sepanjang kira-kira semusim di kelab Pantai Timur berkenaan.
Ini kerana dia sudah merekodkan 21 penampilan secara keseluruhan buat Terengganu FC, termasuk dua daripadanya dalam kempen Piala Shopee yang membuktikan nilainya dalam pasukan terus dihargai.