BOLA sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan pelbagai cerita, ada masanya akan dihimpit dengan kontroversi yang menarik perhatian ramai.
Namun begitu, liga ini turut menyaksikan penyertaan beberapa ‘figura’ terkenal negara dari kancah politik dan hiburan yang ‘bermain’ untuk beberapa kelab.
Nama-nama tersebut sering menjadi tumpuan ramai walaupun mungkin karier bola sepak mereka tidaklah sehebat pemain-pemain lain.








