JIKA kafetaria di perkampungan Olimpik menjadi medan interaksi sosial, salunnya pula adalah tempat terbaik buat para atlet menenangkan diri dan ‘menambah aura’ sebelum tiba masanya untuk beraksi.
Salun rambut yang menjadi salah satu kemudahan tetap pada setiap sukan Olimpik, dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Terdapat 10 pendandan rambut yang didatangkan khas, kesemuanya dari salun terkemuka di sekitar Perancis untuk menggayakan para atlet.





