Sukan

‘Salary cap 80 peratus’, MFL perketat disiplin kewangan kelab Liga Super

DALAM usaha memperkukuh struktur kewangan bola sepak tempatan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan pelaksanaan sepenuhnya Financial Fair Play (FFP) bermula musim 2025/2026.

Pelaksanaan itu merupakan lanjutan daripada pengenalan awal FFP pada musim lalu dan kini diperkukuh melalui penguatkuasaan mekanisme had perbelanjaan gaji atau ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus daripada bajet tahunan setiap kelab, lapor MFL

Langkah strategik itu diambil bagi memastikan kelab-kelab Liga Super beroperasi dalam kerangka kewangan yang lebih mampan dan bertanggungjawab, di samping menjaga kelangsungan serta integriti pertandingan secara menyeluruh.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh