LIVERPOOL bakal kehilangan bintang utama mereka iaitu Mohamed Salah apabila dia akan meninggalkan kelab itu untuk tugasan antarabangsa bersama Mesir bagi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bermula 15 Disember.
Dengan Salah meninggalkan kelab pada fasa penting perjalanan musim Liverpool yang cukup berliku, ia pastinya memaksa perubahan dari segi taktikal bagi memastikan The Reds terus kompetitif.
Ia merupakan detik yang penting untuk musim Liverpool dengan persoalan, adakah ia rahmat atau ujian buat mereka?








