PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar akan melengkapkan perpindahannya ke Al-Hilal minggu ini dan telah pun memilih nombor baju baharunya, demikian menurut sumber.
Bintang antarabangsa Brazil itu sudahpun bersetuju dengan terma kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Pro Saudi itu.
Difahamkan pemain berusia 31 tahun itu diberi kebebasan untuk memilih nombor jersi baharu yang bakal disarungkan.





