Sukan

Sabah FC jelas sebab mengapa Rozaimi Abdul Rahman tak main skuad Liga Super

BAGAI sirih pulang ke gagang. Bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman akhirnya kembali semula ke pangkuan Sabah FC apabila dia menyertai kelab tersebut untuk musim baharu Liga Malaysia.

Menurut kenyataan Sabah FC, Rozaimi akan menyertai skuad Badak namun khidmatnya cuma akan dipakai dalam saingan Piala MFL apabila dia akan diserapkan ke dalam skuad bawah 23 tahun (B-23) kelab itu dan bukannya skuad Liga Super.

Hal ini kerana, keputusan untuk mendapatkan semula Rozaimi adalah sebagai ikon untuk membimbing para pemain muda di kelab tersebut berdasarkan pengalaman luas yang ada pada bekas bintang Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.