PEMAIN warisan negara, Rodrigo Holgado dikatakan berada di Malaysia untuk menyelesaikan isunya digantung selama setahun daripada aktiviti bola sepak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Memetik laporan Malayan Football, Holgado yang bermain untuk America de Cali itu terbang bersama wakilnya ke Malaysia bagi menyelesaikan perkara tersebut.
Dengan tempoh rayuan selama 10 hari diberikan FIFA sejak Jumaat lalu, Holgado jelas tidak boleh membuang masa untuk menyelamatkan kariernya.





