JOHOR Darul Ta’zim (JDT) membawa bekalan selesa ke pusingan kedua suku akhir Piala FA 2024 selepas menewaskan Malaysian University FT (MUN) dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.
Jika dilihat perlawanan berkenaan, kemenangan Harimau Selatan diperoleh pada separuh masa kedua apabila Hector Bidoglio membuat perubahan dengan memasukkan dua pemain iaitu Romel Morales dan Francisco Geraldes.
Kemasukan dua pemain berkenaan adalah untuk bagi menggantikan Ramadhan Saifullah dan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang dilihat kurang berkesan dalam menghidupkan bahagian serangan di separuh masa pertama.