MINGGU pertama saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26 menyaksikan sebanyak enam perlawanan berlangsung dan siapa sangka, aksi ditonjolkan berjaya menghidangkan debaran buat peminat.
Tumpuan utama sudah tentu melibatkan pertembungan dua gergasi bola sepak Utara, iaitu Kedah FA dan Perlis GSA FC yang berlangsung di Stadium Kangar, Perlis.
Meskipun aksi berkenaan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, kerinduan peminat terhadap ‘Derby Utara’ sedikit sebanyak terubat kerana sudah sekian lama perlawanan melibatkan kedua-dua negeri tidak disaksikan.








