KUALA Lumpur (KL) City FC menunjukkan persediaan mereka menentang kuasa besar bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila memastikan mereka hanya ketinggalan dengan satu gol pada separuh masa pertama aksi Liga Super, Ahad.
Kunjungan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menunjukkan JDT masih menguasai permainan dengan melakukan serangan ke atas kubu The City Boys.
Pada babak separuh mara pertama, jentera serangan JDT yang diketuai penyerang import sensasi, Bergson Da Silva gagal menterjemahkan peluang dalam bentuk jaringan gol dan mudah ditepi oleh penjaga gawang KL City FC, Azri Ghani.