MALAYSIA terus mencipta kejutan apabila muncul juara bagi acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan Thailand dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan pada Rabu.
Mempertaruhkan trio negara yang dibarisi Mohammad Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias, nampaknya regu itu tidak berdepan masalah untuk memberi cabaran kepada gergasi takraw dunia, Thailand selepas mudah meraih kemenangan 15-8 pada set pertama.
Mendapat sokongan padu ribuan peminat yang membanjiri Stadium Titiwangsa jelas menyemarakkan api perjuangan skuad regu negara untuk bersedia bergelar juara dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024.