Sukan

Rating rendah berbanding Syihan, tak mustahil aksi di Australia jadi penampilan terakhir kiper Sepanyol JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak berjaya mendapatkan tiga mata berharga selepas tewas 0-2 kepada kelab Australia, Melbourne City di Stadium Melbourne Rectangular, dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Impian JDT untuk meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam ACLE dihancurkan oleh dua ‘ubi muda’ yang menjaringkan gol iaitu Max Caputo dan pemain gantian, Medin Memeti apabila cemerlang melakukan debutnya di pentas tertinggi Asia itu.

Ia satu keputusan mengejutkan buat Harimau Selatan dek JDT menyenaraikan pemain berkualiti termasuk tiga pemain tempatan iaitu Nacho Mendez, Afiq Fazail dan Natxo Insa sebagai ketua pasukan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh