Sukan

Rasmus Hojlund tak bimbang posisi dicabar pemain baharu

PENYERANG Manchester United, Rasmus Hojlund tidak risau dengan situasi yang dihadapi meskipun pasukan itu dikatakan sedang berkira-kira untuk membawa masuk penggempur baharu.

Bekas penyerang Atalanta itu menampilkan aksi cukup baik pada kempen Liga Europa musim ini apabila sudah meledak lima gol dalam enam penampilan, namun aksi itu tidak dapat diterjemah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Setakat ini, Hojlund baru meledak dua gol dalam 15 perlawanan Liga Perdana dan ia sedikit merisaukan memandangkan Marcus Rashford yang tidak mendapat banyak minit permainan memiliki lebih banyak gol dengan empat jaringan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.