PELUANG kelab Liga Super menempatkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite bagi kempen 2027/28 kian tipis selepas persembahan kurang meyakinkan dua wakil negara.
Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi dalam pertandingan tersebut musim ini mengalami tempoh sukar dengan dua kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan.
Situasi lebih sukar dialami Selangor FC dalam ACL Two dengan hanya satu mata dikutip skuad Gergasi Merah dengan baki lima perlawanan berakhir dengan kekalahan.







