MENJELANG musim baharu, kita dapat saksikan pelbagai khabar angin mengenai perpindahan keluar dan masuk melibatkan pemain di Liga Malaysia.
Malah, tidak kurang juga dengan berita perpindahan keluar melibatkan pemain negara ke liga asing seperti Liga 1 Indonesia serta Thai League 1.
Pemain-pemain seperti Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Stuart Wilkin antara nama-nama wira negara yang mungkin beraksi di luar negara musim depan.






