BINTANG muda Selangor FC, Mukhairi Ajmal mengakui tanggungjawab menyarung jersi nombor 10 dan memimpin pasukan bukanlah tugas yang mudah.
Menurut pemain berusia 24 tahun itu, jersi keramat berkenaan yang pernah disarung oleh legenda-legenda Selangor termasuk Allahyarham Mokhtar Dahari membawa nilai simbolik serta tanggungjawab yang tinggi.
“Sejujurnya, memang berat. Ramai tahu nombor 10 Selangor ini ada sejarah tersendiri, jadi bagi saya, tanggungjawab itu sangat besar.







