Sukan

Raih gelaran pertama 2025, gandingan Pearly-Thinaah ambil masa hampir sejam tundukkan regu Korea Selatan

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah membuktikan status mereka selaku pilihan utama kejohanan apabila berjaya merangkul gelaran pertama tahun ini pada Kejohanan Terbuka Thailand yang berlangsung pada Ahad.

Pasangan nombor 4 dunia itu menewaskan gandingan Korea Selatan, Jeong Na-eun-Lee Yeon-woo dengan keputusan 21-16, 21-17 dalam masa 57 minit di Stadium Nimibutr, Bangkok, sekali gus menjuarai kejohanan bertaraf Super 500.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah pernah menewaskan pasangan yang sama dalam pertemuan sulung mereka pada pusingan kedua Masters Orleans, Mac lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.