Sukan

Raih 2 pingat Sukan Asia, JDT|GBX ke FIFAe Club World Cup antara detik gemilang e-sukan negara sepanjang 2023

APABILA berbicara mengenai dunia e-sukan dalam landskap tanah air, pasti nama-nama sukan elektronik seperti PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Dota dan juga permainan video FIFA ataupun kini lebih dikenali sebagai EA Sports FC menjadi antara kegemaran komuniti.

Dari sekadar beraksi di kamar persendirian atas tujuan menghiburkan diri, kini ramai individu sudah mula bergelar pemain profesional dengan sukan elektronik juga semakin mempunyai reputasi tersendiri sehingga ia menjadi acara rasmi dalam temasya tahunan seperti Sukan Asia dan Sukan SEA.

Misalnya pada tahun ini, Malaysia antara negara yang memberi kepercayaan dan dorongan kepada pemain industri untuk mengambil bahagian dalam acara sukan elektronik bagi temasya besar seperti Sukan Asia dan Sukan SEA serta pertandingan lain yang bertaraf antarabangsa.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh