LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs percaya bekas pasukannya itu tidak akan berdepan masalah untuk mengatasi Tottenham Hotspur dalam aksi final Liga Europa UEFA (UEL) pada Khamis depan.
Pandangan itu dikongsikan bagi menepis sikap spektikal sesetengah penyokong yang kurang percaya akan kebolehan skuad kendalian Ruben Amorim selepas prestasi tidak menentu di pentas domestik.
“Saya berasakan standard The Red Devils dalam 20 ke 30 tahun kebelakangan ini cukup baik, tetapi ia sedikit menurun dalam dua musim ini. Namun, kita tetap meraih trofi sepanjang tempoh itu,” kata Giggs.







