KEMENANGAN agregat 1-0 diraih Sabah FC selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua suku akhir menentang Kuching City FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sudah cukup memberi tiket ke separuh akhir Piala Malaysia 2024 buat Sang Badak.
Kemenangan berkenaan hasil jaringan Farhan Roslan di Stadium Negeri, Kuching pada 16 Disember lepas menyaksikan Sabah akan membuat perhitungan dengan Sri Pahang FC bagi perebutan tiket ke pentas final.
Untuk memasang impian mara ke final, Sabah perlu melalui skuad Tok Gajah yang sedang menikmati momen terbaik mereka dalam Piala Malaysia lagi-lagi ia kali pertama Sri Pahang mara ke separuh akhir selepas lima tahun.